Ethereum Jatuh Bawah $2,000, Tekanan Jualan Masih Berterusan?

Business & FinanceDigital
6 Feb 2026 • 3:00 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

image is not available

Harga Ethereum (ETH) terus merudum, menembusi paras sokongan $2,000 dan mencatat paras terendah $1,744 dalam tempoh terdekat.

Ketika artikel ini ditulis, harga Ethereum berada di paras $1,953.50 iaitu menurun 0.33% sejak ia dibuka pada awal dagangan Jumaat di sesi Asia.

Selepas penurunan lebih 15%, ETH kini cuba bangkit semula, namun menghadapi halangan besar dekat $2,200, paras rintangan utama yang sukar ditembusi.

Sejak gagal kekal di atas $2,200, tekanan jualan meningkat, menyerupai trend penurunan Bitcoin.

Walaupun terdapat usaha pemulihan melepasi $1,850, pasaran masih berada dalam zon bearish.

Analisis teknikal menunjukkan Ethereum kini berada bawah 100-hourly Simple Moving Average (SMA), manakala indikator RSI berada di bawah 50, menandakan momentum jualan masih kuat.

Paras rintangan utama yang perlu diatasi bagi ETH untuk memulihkan trend positif ialah $1,950, $2,050, dan akhirnya $2,200.

Jika berjaya menembusi $2,200, sasaran seterusnya boleh mencapai $2,350, malah berpotensi hingga $2,550 – $2,665 dalam masa terdekat.

Namun, jika usaha pemulihan gagal, Ethereum mungkin terus merosot.

Sokongan utama berada di $1,800, diikuti $1,750 dan $1,720, dengan paras sokongan kritikal terakhir pada $1,680.

Ethereum kini berada dalam fasa mencabar dengan tekanan jualan yang jelas.

Pelabur perlu memerhatikan paras $1,800 – $2,200 sebagai penentu arah seterusnya pasaran.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved