ETS3 ke Johor Bahru dijangka beroperasi pertengahan Disember: Anthony Loke

LocalTravel
2 Nov 2025 • 7:38 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) yang dilanjutkan sehingga ke Johor Bahru dijangka beroperasi menjelang pertengahan bulan Disember, dengan pengumuman harga tiket akan dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Loke, kerja-kerja melibatkan aspek teknikal kini sedang disempurnakan dan berada pada fasa akhir persiapan.

“Jadi kita masih mencari tarikh yang sesuai kerana beberapa persiapan terakhir masih perlu dimuktamadkan, tetapi tidak lebih daripada pertengahan bulan Disember akan dimulakan perkhidmatan ETS ke Johor Bahru,’’ katanya lapor Bernama.

Beliau memberitahu, perluasan itu merupakan satu lagi tambahan kepada mod pengangkutan di Johor dan diyakini dapat membantu sektor pelancongan di negeri Johor, terutamanya bandar-bandar sekunder, bandar-bandar kecil seperti Segamat, Labis, Kluang, Kulai,’’ katanya, lapor Bernama.

Ia juga, kata beliau, dijangka memperkukuh akses mobiliti pengangkutan awam dan sektor pelancongan di Johor menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

Laluan ETS yang sebelum ini berakhir di Gemas, Negeri Sembilan kini dilanjutkan ke selatan sehingga Johor Bahru.

Laluan berkenaan merangkumi hentian utama di Segamat, Kluang dan Kulai sebelum berakhir di Stesen Johor Bahru Sentral, sekali gus melengkapkan jajaran kereta api pantai barat Semenanjung. - 2 November, 2025

The post ETS3 ke Johor Bahru dijangka beroperasi pertengahan Disember: Anthony Loke appeared first on Scoop.