Kesatuan Eropah (EU) mengenakan denda €890 juta (~RM 4.2 bilion) ke atas Google kerana melanggar peraturan anti persaingan (antitrust) digital dengan menggunakan Google Play dan Search untuk mengarahkan pengguna kepada perkhidmatan mereka sendiri. Ini menurut pandangan EU menjejaskan pesaing.

Tindakan ini merupakan lanjutan daripada beberapa tindakan keras EU terhadap syarikat teknologi utama. Google baru-baru ini tewas dalam rayuan terhadap denda anti persaingan €4.1 bilion berkaitan dominasi Android yang mengurangkan pilihan pengguna. Denda dikenakan pada 2018 tetapi dirayu oleh Google selama 8 tahun.
EU menegaskan tindakan yang diambil adalah untuk melindungi hak pengguna dan memastikan produk bersaing secara adil. Google pula berkata denda tersebut akan menyebabkan “penurunan kualiti produk” dan memaksa mereka membuang ciri carian masa nyata serta perlindungan keselamatan di Google Play.
Antara yang telah dilakukan Google di pasaran EU ialah memberikan pilihan enjin carian lalai selain Google Search pada peranti Android semasa ia kali pertama diaktifkan.


