EU kecam pemindahan paksa, desak Israel buka laluan bantuan Gaza

9 May 2025 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

WARSAW, 9 MEI: Wakil Peringkat Tinggi Kesatuan Eropah bagi Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kaja Kallas dengan tegas menolak sebarang cubaan untuk mengubah komposisi demografi atau sempadan geografi Semenanjung Gaza, termasuk pemindahan paksa rakyat Palestin, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Bercakap pada sidang media di ibu kota Poland, Warsaw selepas mesyuarat tidak rasmi menteri luar EU, Kallas menyuarakan kebimbangan mendalam EU terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin merosot di Gaza.

Beliau memaklumkan yang menteri luar sebulat bersetuju suara yang keadaan kemanusiaan di wilayah itu kini terlalu teruk dan semakin memburuk dengan pantas.

Kallas turut menggesa pihak berkuasa pendudukan Israel agar segera menarik balik sekatan dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Gaza.

Mengenai situasi di Syria, Kallas menyambut baik pendirian Presiden Perancis Emmanuel Macron yang menggesa agar sekatan terhadap Syria dilonggarkan, sambil menjelaskan yang perkara itu sedang dibincangkan dalam kalangan institusi EU.

– BERNAMA-QNA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved