Kesatuan Eropah (EU) akan menarik semula larangan pengeluaran kereta dan van petrol baharu menjelang 2025 yang dikeluarkan pada tahun 2022. Semasa diluluskan, larangan ini adalah untuk menggalakkan pengeluar kenderaan elektrik (EV) oleh syarikat automotif tempatan, meningkatkan pembelian dan mengurangkan pelepasan karbon ke udara.

Larangan ini ditarik semula selepas syarikat automotif dari Jerman da Itali memberikan tekanan kepada EU untuk tidak meneruskannya berikutan jualan EV yang semakin berkurangan. Kombinasi harga jualan EV yang tinggi, kerisauan mengenai jarak perjalanan, nilai jualan semula yang rendah da tamatnya subsidi pembelian EV menyebabkan jualan semakin susut.
Sebagai ganti EU kini meletakkan sasaran mengurangkan pengeluaran gas ekzos ke 90% berbanding 100% sebelum ini. Pengeluaran kenderaan hibrid PHEV dan ICE kini akan dibenarkan asalkan pengeluar memenuhi sasaran di atas. Disamping itu dana €1.8 bilion juga akan diberikan bagi membangunkan rangkaian pengeluaran bateri di EU supaya tidak lagi bergantung kepada import daripada China yang memegang lebih 80% pasaran bateri EV.
Selain itu penggunaan keluli rendah karbon dan sokongan api bio yang lebih mesra alam juga akan dibenarkan bukan sekadar EV sepenuhnya.
