EU Mendapati Menjual Pengesahan Identiti Sebagai Langganan Oleh X Melanggar Akta Kerana Mengelirukan

TechnologyDigital
12 Jul 2024 • 11:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kesatuan Eropah agak aktif dalam menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Digital, sekaligus memastikan pelbagai syarikat media sosial tidak melanggar peraturan atau membawa keburukkan kepada pengguna yang lain. Terbaru, Kesatuan Eropah dilihat melakukan siasatan, dan penemuan awal mendapati X (atau dulunya dikenali sebagai Twitter) bersalah dalam menjual pengesahan identiti sebagai langganan.

Seperti ramai sedia maklum, X menawarkan langganan X Premium pada harga sekitar RM35 sebulan, sekaligus membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan tanda pengesahan biru bersebelahan nama mereka. Ia dikatakan perkara ini sekaligus mengaburi mata pengguna, dan menyukarkan mereka mengenal-pasti kesahihan akaun yang mereka sedang berinteraksi.

Ini juga sekaligus didapati melanggar akta di Kesatuan Eropah yang mana syarikat media sosial perlu mengambil langkah dalam memastikan pengguna tidak tertipu dengan kandungan palsu atau tidak tepat.

Buat masa ini, pihak X masih boleh melakukan rayuan atas keputusan Kesatuan Eropah ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved