EU Salur Bantuan Banjir US$2.4 Juta Kepada Sri Lanka, Indonesia Dan Thailand – Suruhanjaya EU

LocalEnvironment
10 Dec 2025 • 8:54 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

EU Salur Bantuan Banjir US$2.4 Juta Kepada Sri Lanka, Indonesia Dan Thailand – Suruhanjaya EU

MOSCOW, 9 Dis (Bernama-Sputnik/RIA Novosti) — Kesatuan Eropah (EU) telah menyalurkan €2.1 juta (US$2.4 juta) sebagai bantuan kecemasan bagi mangsa banjir di Sri Lanka, Indonesia dan Thailand, menurut Suruhanjaya Eropah pada Selasa, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Sebagai respons terhadap banjir dahsyat yang melanda Sri Lanka, Indonesia dan Thailand, EU telah menyalurkan €2.1 juta dalam bantuan kecemasan bagi kawasan yang paling terjejas. Pembiayaan ini bertujuan menyediakan bantuan penting kepada komuniti yang paling rentan,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak €1.5 juta akan menyokong usaha bantuan di Sri Lanka, termasuk €500,000 yang disalurkan melalui Tabung Kecemasan Tindak Balas Bencana Persekutuan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, menurut kenyataan itu.

Tambahan €600,000 akan membantu rakan kemanusiaan di Indonesia dan Thailand, diagihkan sama rata antara kedua-dua negara, kata suruhanjaya itu.

Banjir teruk di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara pada November dan Disember tahun ini menyebabkan perpindahan besar-besaran serta kerosakan infrastruktur yang meluas, sekali gus membebankan ekonomi negara dan sistem tindak balas bencana.

Angka korban meningkat kepada 950 di Indonesia, melebihi 600 di Sri Lanka dan sekurang-kurangnya 276 di Thailand.

BACA: Amaran Tsunami Ditarik Balik Beberapa Jam Selepas Gempa Magnitud 7.5 Landa Jepun
BACA: Wanita Dipecat Kerana Datang Kerja Terlalu Awal 
BACA: Menarik, Kajian Dedah Kenapa Menguap Boleh “Berjangkit” Pada Orang Lain

Sumber: Bernama

The post EU Salur Bantuan Banjir US$2.4 Juta Kepada Sri Lanka, Indonesia Dan Thailand – Suruhanjaya EU appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved