EU Tidak Akan Memaksa Peranti Boleh Pakai Dilengkapi Bateri Yang Boleh Ditukar

WorldTechnology
16 Jul 2026 • 1:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

EU Tidak Akan Memaksa Peranti Boleh Pakai Dilengkapi Bateri Yang Boleh Ditukar

Seperti yang sedia maklum, Kesatuan Eropah akan menguatkuasakan undang-undang yang mewajibkan perkakasan-perkakasan elektronik untuk hadir dengan bateri yang boleh ditukar dengan mudah oleh pengguna bermula 18 Februari 2027. Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa Nintendo Switch 2 kelak akan hadir dengan konsol yang boleh ditukar baterinya khusus untuk rantau tersebut.

Terkini, terdapat laporan yang keluar mengatakan bahawa undang-undang tersebut tidak akan diperketatkan untuk semua jenis peranti. Peranti-peranti seperti peranti boleh pakai (wearables) peralatan perubatan, mainan elektronik, termometer, kelengkapan telematik bumbung dan kelengkapan yang digunakan dalam persekitaran ledakan (explosive atmosphere) akan dikecualikan daripada undang-undang ini.

Image from: EU Tidak Akan Memaksa Peranti Boleh Pakai Dilengkapi Bateri Yang Boleh Ditukar

Pihak EU telah menyenaraikan aksesori-aksesori seperti jam pintar, penjejak kesihatan, kaca mata pintar dan juga aksesori-aksesori lain yang digunakan dalam pakaian dan aksesori-aksesori lain sebagai kategori dibawah peranti boleh pakai, dan bermakna bahawa ia terkecuali daripada keperluan bateri yang boleh ditukar oleh pengguna.

Walaupun begitu, ia juga dilaporkan bahawa dimana ia boleh dilakukan, jenama-jenama elektronik yang menjual produk mereka di EU akan perlu hadir dengan perkhidmatan pelanggan yang membolehkan pengguna menghantar perkakasan elektronik mereka untuk menukar bateri dan juga memperbaiki produk-produk ini.

Selain daripada itu, bateri litium-ion kecil yang tidak dilupuskan dengan betul menyebabkan peningkatan bilangan kebakaran di loji rawatan sisa. Ini mesti dipertimbangkan sebelum memberikan pengecualian untuk produk yang mengandungi bateri sedemikian.

Sumber: European Union

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved