Eufy Robot Vacuum Omni E25 Kini Malaysia -Harga Bermula RM2999

TechnologyDigital
27 May 2025 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dari kecil hinggalah ke usia hampir separuh abad ini, saya paling tidak gemar mengemop lantai. Ianya tugs yang menjerihkan. Saban minggu saya lebih berminat mencuci kereta daripada lantai rumah. Bagi insan pemalas seperti saya ini, Eufy Robot Vacuum Omni E25 dilancarkan di Malaysia hari ini bukan sahaja dengan ciri pembersih hampagas tetapi juga dengan mop terbina.

image is not available

Bahagian pembersih hampagas dilengkapi sistem penyedut Turbo Suction bertekanan 20,000 Pa serta dilengkapi berus DuoSpiral Anti-Tangle Brush, yang mengelakkan isu rambut berpintal. Sementara berus CornerRover Side Brush pula membersihkan sudut bilik dengan lebih baik. Selepas usai membersihkan lantai, ruang debu akan dikosongkan secara sendiri apabila robot pulang ke dermaga simpanan.

image is not available

Bahagian mop pula menggunakan sistem HydroJet Mopping System yang memberikan tekanan 15N dan kepala pembersih berputar 180 RPM. Seperti bahagian pembersih hampagas, tangki air kotor juga boleh dibersihkan sendiri apabila robot pulang ke dermaga. Menurut Eufy, dengan sistem ini pemilik hanya perlu melakukan proses pembersihan manual hanya setiap 68 hari.

image is not available

Di Malaysia, Eufy Robot Vacuum Omni E25 dijual pada harga RM3,699 sebuah tetapi antara 25 Mei hingga 15 Jun 2025 ia dijual pada harga promosi RM2,999.

image is not available


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved