EURO 2024: Penyokong Jerman Patah Tangan Terkena Sepakan Kuat Fullkrug

Football
20 Jun 2024 • 2:04 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

EURO 2024: Penyokong Jerman Patah Tangan Terkena Sepakan Kuat Fullkrug

Seorang penyokong Jerman bernasib malang apabila disahkan mengalami kecederaan patah tangan semasa menonton perlawanan pembukaan Euro 2024 antara pasukan tuan rumah, Jerman, menentang Scotland, minggu lalu.

image is not available
Kredit: Euro 24 Hub

Kejadian tersebut dipercayai berlaku kerana penyokong itu terkena bola daripada sepakan kuat pemain Borussia Dortmund, Niclas Fullkrug, semasa sesi pemanasan badan sebelum sepak mula di Stadium Allianz.

Akibatnya kejadian tersebut, penyokong itu terpaksa meninggalkan stadium untuk mendapatkan bantuan kecemasan daripada pegawai perubatan yang bertugas, dan tidak dapat meneruskan impiannya memberi sokongan kepada pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, pemain berusia 31 tahun tersebut memohon maaf atas kejadian yang tidak diduga itu, dan berjanji akan menghantar hadiah berupa jersi dan pelbagai barangan menarik kepada penyokong terbabit, menurut laman X, @Euro24Hub.

“Seorang peminat Jerman bernama Kai patah tangan selepas secara tidak sengaja terkena sepakan Füllkrug semasa pemanasan badan sebelum menentang Scotland.

“Malangnya, dia tidak dapat menonton perlawanan itu kerana memerlukan rawatan perubatan.

“Füllkrug memohon maaf dan akan menghantar pakej permohonan maaf berupa baju dan barangan lain,” tulis hantaran itu.