Euro Kekal Mata Wang Rizab Kedua Penting Di Dunia - Laporan

Business & Finance
22 Jun 2023 • 9:46 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Pada 2022, bahagian euro yang dipegang dalam rizab pertukaran asing rasmi di seluruh dunia diselaraskan dalam kadar pertukaran, meningkat 0.5 mata peratus kepada 20.5 peratus - Gambar Hiasan Unsplash

FRANKFURT - Euro mengekalkan peranan sebagai mata wang kedua paling penting di dunia selepas dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tahun yang mencatatkan inflasi yang tinggi dan pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pada 2022, bahagian euro yang dipegang dalam rizab pertukaran asing rasmi di seluruh dunia diselaraskan dalam kadar pertukaran, meningkat 0.5 mata peratus kepada 20.5 peratus, menurut Bank Pusat Eropah (ECB) pada Rabu.

Setakat ini dolar AS merupakan mata wang rizab yang paling banyak digunakan, pada kadar sekitar 59 peratus. Mata wang rizab ialah mata wang yang kerap digunakan dalam perdagangan dunia dan sering dipegang oleh bank pusat lain.

"Walaupun berlaku kejutan baharu berturut-turut, peranan antarabangsa euro kekal berdaya tahan pada 2022 dan perlu diberi perhatian," kata presiden ECB Christine Lagarde yang menambah bahawa landskap baharu ini meningkatkan tanggungjawab penggubal dasar Eropah untuk mewujudkan syarat bagi euro untuk berkembang maju.

Badan pemantau Euro telah lama mendesak kemajuan dalam penyatuan pasaran kewangan dan modal dalam zon euro, termasuk pembangunan Kesatuan Pasaran Modal selanjutnya yang bertujuan untuk menangani halangan birokrasi dan kawal selia antara negara bagi membolehkan syarikat mengumpul wang dengan lebih mudah.

Suruhanjaya Eropah telah menimbang rancangan projek itu sejak 2015.

"Penyatuan ekonomi dan kewangan Eropah selanjutnya penting dalam meningkatkan daya tahan peranan antarabangsa euro dalam ekonomi dunia yang berpotensi berpecah-belah," kata ahli lembaga eksekutif ECB Fabio Panetta.  - Bernama-dpa

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved