EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

Cars
28 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

CHARGING.jpg.jpeg

PRO-NET menyeru semua pemilik kenderaan elektrik (EV) di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam susulan peningkatan mendadak penggunaannya, bagi memastikan kemudahan berkongsi ini teratur, adil dan selesa untuk semua pemandu di seluruh negara.

Peningkatan Kenderaan Elektrik dan Cabaran Stesen Pengecasan Awam

Infrastruktur pengecasan negara kini semakin berkembang menerusi inisiatif seperti Peta Pengecasan Langsung Bersepadu oleh PRO-NET. Sistem ini menyediakan maklumat lebih 5,100 titik pengecasan yang meliputi 90 peratus kawasan di seluruh negara, termasuk lebih 2,000 titik di kediaman bertingkat tinggi serta 103 titik pengecasan DC di rangkaian pengedar.

Peranan Penting Proton e.MAS dan PRO-NET dalam Komuniti EVCharging-Etiquette.png

Menurut Ketua Pengecasan PRO-NET, Ahmad Munif Halim, komuniti EV di Malaysia masih di peringkat awal.

“Dengan semakin banyak kenderaan EV di jalan raya dan lebih banyak kemudahan pengecasan disediakan, pengecasan kini semakin menjadi sebahagian daripada rutin harian pengguna kenderaan di Malaysia.

"Jadi, penting untuk kita membentuk tabiat yang beretika sejak awal supaya pengalaman mengecas menjadi lebih mudah dan selesa untuk semua,” katanya

Panduan Praktikal Amalan Pengecasan Berhemah

Antara mesej praktikal yang ditekankan merangkumi aspek-aspek penting seperti:

Mengecas kenderaan hanya untuk tempoh masa yang benar-benar diperlukan.

Mengalihkan kenderaan dengan segera sebaik sahaja proses pengecasan selesai.

Memastikan petak pengecasan sentiasa boleh digunakan dengan teratur.

Mengambil kira keperluan pengguna EV lain yang sedang menunggu giliran.

Tip dan panduan ini turut diserah kepada pemilik baharu Proton e.MAS semasa pengambilan kenderaan sebagai budaya awal pemilikan.

Komitmen Jangka Panjang

Ketua Pegawai Penjenamaan PRO-NET,Salawati Mohd Yusoff,  berkata inisiatif ini mencerminkan tanggungjawab yang hadir bersama kedudukan Proton e.MAS sebagai salah satu jenama EV yang semakin mendapat perhatian di Malaysia. “Dengan semakin banyak kenderaan

"Proton e.MAS berada di jalan raya Malaysia, pemilik Proton e.MAS mempunyai peluang untuk menunjukkan contoh pemilikan EV yang baik. Tanggungjawab ini bukan sekadar tentang cara kita memandu, tetapi juga cara kita menggunakan kemudahan pengecasan yang dikongsi bersama dan menghormati pengguna EV yang lain,” kata Puan Salawati.

“Kami mahu pemilik Proton e.MAS menjadi contoh yang baik kepada komuniti EV secara keseluruhan. Sebagai jenama EV nasional yang semakin berkembang di seluruh negara, kami percaya komuniti kita boleh bersama-sama membentuk tabiat yang baik untuk diikuti oleh semua," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved