EV Kecil, GWM Ora Good Cat & Versi Sporty, GT, Terbaru Bakal Dilancarkan 6 November Ini

LocalCars
31 Oct 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bukan sahaja mengumumkan kemunculan versi khas yang mengancam bagi SUV Tank 500 HEV, malah turut mengesahkan tarikh pelancaran rasmi untuk model hatchback elektrik, GWM Ora Good Cat 2025 yang diperbaharui, berserta varian sporty, Good Cat GT.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, pelancaran rasmi bagi kedua-dua model ini akan berlangsung pada 6 November akan datang.

Harga Tentatif

image is not available

GWM Malaysia sebelum ini telah membuka tempahan awal bagi kedua-dua model pada awal bulan ini pada harga tentatif berikut:

Ora Good Cat (Varian Standard): RM115,000Ora Good Cat GT (Varian Sporty): RM125,000

image is not available

Varian GT, yang membawa sentuhan sporty, telah membuat kemunculan pertamanya di Malaysia secara tidak rasmi semasa perarakan Hari Kebangsaan yang lalu, di mana ia menyertai konvoi EV yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sebagai perbandingan, model Ora Good Cat yang dilancarkan buat pertama kali di pasaran Malaysia pada November 2022 lalu ditawarkan pada harga RM139,800 (400 Pro) dan RM169,800 (500 Ultra).

Perbezaan Spesifikasi Versi Standard & Sporty

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

GWM Ora Good Cat varian Ultra 500 versi semasa.

Perubahan paling ketara untuk tahun 2025 adalah kehadiran varian GT yang lebih bertenaga dan sporty, tidak hanya terhad kepada versi standard yang secara tidak langsung memperluaskan lagi sasaran pasaran kepada mereka yang berjiwa lasak dan ranggi, tidak lagi terhad kepada mereka yang sukakan 'kecomelan.'

Model

Kuasa (HP/Nm)

Kapasiti Bateri

Jarak (NEDC)

Ora Good Cat (Standard)

Kekal Sama Seperti Versi Terdahulu: 141 hp / 210 Nm

Sama Dengan GT: Bateri LFP 57.7 kWj

Lebih Jauh (Berbanding GT & Versi Terdahulu): 480 KM

Ora Good Cat GT (Baharu)

Lebih Berkuasa: 168 hp / 250 Nm

Sama Dengan Standard: Bateri LFP 57.7 kWj

Lebih Pendek: 460 KM

Kedua-dua model dijangka menggunakan pek bateri jenis Lithium Iron Phosphate (LFP) baharu, yang menyokong pengecasan AC sehingga 6.6 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 60 kW.

Sentuhan Sporty Pada Varian GT

Varian Good Cat GT menerima pelbagai elemen sporty untuk membezakannya dari versi standard. Antaranya adalah penambahan bampar dan spoiler belakang yang ranggi.

image is not available

Ora Good Cat GT.

Selain itu, ia turut didatangkan dengan rim aloi eksklusif GT dan tempat duduk sport GT di bahagian kabin. Kedua-dua bahagian, dalaman dan luaran diberikan aksen kuning yang menyerlahkan lagi aura sporty model ini seolah-olah sebuah kereta lumba.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Risalah info Ora Good Cat GT.

Good Cat yang diperbaharui dan Good Cat GT baharu akan dilengkapi dengan skrin infotainmen kawalan sentuhan yang bersaiz 10.25 inci, tempat duduk balutan kulit sintetik, pakej bantuan keselamatan canggih (ADAS) Tahap 2, kamera 360 darjah, serta fungsi Apple CarPlay, Android Auto dan sambungan aplikasi My GWM.

Akan Dipasang Secara CKD?

image is not available

Walaupun tarikh pelancaran rasminya sudah didedahkan, satu perkara penting yang kekal misteri adalah sama ada GWM Malaysia merancang untuk memasang kedua-dua model ini secara tempatan (CKD) atau tidak.

Ini adalah isu kritikal memandangkan insentif pengecualian cukai kerajaan bagi EV yang diimport sepenuhnya (CBU) akan tamat pada 31 Disember tahun ini. Walau bagaimanapun, memandangkan rakan kongsi pemasangan kontrak GWM, EP Manufacturing Bhd (EPMB), kini dikatakan sedang bersiap sedia untuk operasi CKD EV, kemungkinan ini tidak boleh diketepikan.

Maklumat lanjut mengenai status CKD dan harga rasmi dijangka akan terjawab semasa pelancaran rasmi pada 6 November nanti.