EV Kompak Dongfeng Nammi 06 Didedahkan – Kolaborasi Dengan Syarikat Dron DJI?

TechnologyCars
24 Feb 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Dongfeng Nammi 06

Syarikat automotif China, Dongfeng, memperkenalkan SUV elektrik kompak terbarunya di bawah subjenama Nammi, Dongfeng Nammi 06. Model ini diposisikan satu tahap lebih tinggi berbanding hatchback Nammi 01 yang juga dikenali sebagai Dongfeng Box di Malaysia.

Reka Bentuk Bersegi dengan Sentuhan Moden

Berbanding Nammi 01, Nammi 06 tampil lebih besar dengan ukuran panjang 4,306 mm, lebar 1,868 mm, tinggi 1,645 mm dan jarak roda 2,715 mm.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Reka bentuk Dongfeng Nammi 06

Nammi 06 menampilkan gaya reka bentuk lebih bersegi dengan garis badan yang lebih menonjol berbanding Nammi 01. Beberapa ciri utama rekaannya termasuk lampu depan LED berbentuk L yang tajam serta bampar hadapan tanpa gril, mirip reka bentuk Kia EV3.

Dari sisi, model ini menyerlahkan bentuk badan SUV yang tegap dengan tiang C tebal dan pelindung badan (cladding) plastik pada bahagian bawah. Rim yang digunakan ialah jenis multi-spoke dengan kemasan dua tona yang lebih moden. Bergerak ke belakang, lampu yang digunakan ialah LED halus bersama aksen bampar yang ranggi.

image is not availableimage is not available

Kabin Dongfeng Box

Dongfeng belum mendedahkan bahagian kabin Nammi 06, tetapi dijangka tampil dengan rekaan minimalis serta teknologi moden seperti pada Nammi 01.

Kelajuan Maksimum Cecah 150 KM/J

image is not available

Dari segi prestasi, menurut CarNewsChina, dokumen rasmi menunjukkan bahawa Nammi 06 dilengkapi motor elektrik tunggal berkuasa 181 hp (135 kW). Dengan sistem ini, SUV ini mampu mencapai kelajuan maksimum 150 km/j.

Bagaimanapun, buat masa ini, butiran mengenai kapasiti bateri masih belum didedahkan. Namun, dengan motor lebih berkuasa dan saiz badan yang lebih besar, ada kemungkinan Nammi 06 akan menerima pek bateri lebih besar berbanding Nammi 01 untuk menawarkan jarak pemanduan lebih jauh.

Kerjasama dengan Syarikat Dron, DJI

Satu lagi aspek menarik pada Nammi 06 ialah tahap pemanduan autonomi yang lebih canggih hasil kerjasama dengan pengeluar dron terkenal, DJI. Walaupun butiran mengenai perkara ini masih belum diketahui, kolaborasi ini dijangka bakal memperkenalkan teknologi bantuan pemanduan yang lebih sofistikated.

Kemunculan Rasmi Dijangka di Shanghai Motor Show 2025

image is not available

Dongfeng Nammi 06 dijangka bakal diperkenalkan secara rasmi pada suku kedua tahun ini di Shanghai Motor Show pada April akan datang.

Dari segi harga, Nammi 06 dilaporkan bakal dipasarkan pada harga sekitar CNY 100,000 (~RM60,000). Ini menjadikannya pilihan lebih mampu milik berbanding pesaing seperti BYD Atto 2 (BYD Yuan Up), smart #1, Volvo EX30 dan Kia EV3.