EV Leapmotor Bakal Dipasang Di Malaysia, Model C10 CKD Bakal Tiba

LocalCars
18 Apr 2025 • 4:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Awal hari ini, Stellantis bersama Leapmotor dan Leapmotor International mengadakan sidang media bagi mengumumkan rancangan pemasangan tempatan (CKD) kenderaan elektrik (EV) Leapmotor di Malaysia.

Kilang Gurun Jadi Tapak Strategik

image is not availableimage is not availableimage is not available

Kilang Stellantis yang bertempat di Gurun, Kedah akan menjadi pusat pemasangan utama untuk model EV jenama Leapmotor. Pelaburan awal sebanyak €5 juta (~RM24 juta) akan dibuat bagi menaik taraf fasiliti sedia ada untuk menyokong pengeluaran EV secara tempatan.

Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo berkata, “Kilang Gurun telah menjadi tunjang utama operasi kami di rantau ini. Kami telah menaik taraf keupayaannya untuk menyokong pemasangan EV dan Leapmotor bakal menjadi jenama pertama yang dipasang di sini.”

Leapmotor C10 Bakal Jadi Model CKD Pertama

image is not available

Model pertama yang akan dipasang secara tempatan ialah SUV elektrik segmen D, Leapmotor C10, yang diperkenalkan di Malaysia pada Oktober 2024 lalu dengan harga bermula RM159,000.

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Bagaimanapun, tiada tarikh pelancaran atau pengumuman harga rasmi untuk versi CKD didedahkan setakat ini. Kedua-dua syarikat dijangka akan menyusun semula perancangan sebelum mengumumkannya kepada umum.

Kerjasama Strategik Kukuhkan Aspirasi Automotif Negara

Ketua Pegawai Eksekutif Leapmotor, Zhu Jiangming berkata inisiatif CKD ini bakal mempercepatkan strategi global Leapmotor. “Kami teruja untuk bekerjasama dengan Stellantis dalam mentransformasi landskap automotif Malaysia dengan teknologi terkini,” katanya.

Projek ini sejajar dengan Dasar Automotif Negara dan menyokong hasrat Malaysia untuk menjadi hab EV serantau. Rancangan CKD ini juga dijangka dapat merangsang pertumbuhan industri, memperkukuh pemindahan teknologi serta mengukuhkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan China.

image is not available