EV Paling Mampu Milik, Proton e.MAS 5 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bemula RM56,800

LocalCars
30 Oct 2025 • 6:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Kenderaan elektrik paling mampu milik di Malaysia, Proton e.MAS 5 akhirnya dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Proton e.MAS 5 hadir dalam dua varian iaitu Prime dan Premium dimana masing-masing dijual pada harga RM59,800 dan RM72800.

image is not availableimage is not available

Bagaimanapun, sempena pelancaran istimewa dengan rebat RM3,000, varian Premium dijual pada harga cuma RM69,800 manakala Prime pula hanya RM56,800. Namun harga dengan rebat ini hanya sah hingga 31 Disember 2025.

Lebih menarik ia hadir dengan waranti kenderaan tanpa had perbatuan selama enam tahun, waranti bateri dan komponen 8 tahun atau 160,000km

.image is not available

Malah, Pro-Net turut menawarkan pakej Power Xchange iaitu rebat RM2,000 untuk pelupusan kenderaan lama yang tidak lagi layak di jalan raya, Power Online (Data Internet tanpa had selama 5 tahun bernilai RM1,800), Power Financing Pembiayaan 5 tahun dengan kadar faedah 1.98% melalui Proton Commerce bernilai RM1,700, Power Home (Pengecas rumah 7kW bernilai RM1,500) dan Power Trade-in – Rebat tukar beli eksklusif melalui Carsome bernilai RM1,000

Mesengenai varian Prime, ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti LFP 30.12kWh serta motor 58kW (78hp) dengan tork 130Nm. Untuk itu, ia menawarkan pemanduan kitar 225KM manakala varian Premium dikuasakan oleh bateri LFP 40.16kWh bersama motor 85kW (114hp).

Varian tinggi ini disumbat dengan motor 85kW (114hp) yang menghasilkan tork 150Nm. Varian Premium mampu mencatat jarak pemanduan sehingga 325km berdasarkan piawaian WLTP.

Kedua-dua varian ini turut hadir dengan ruang frunk 70L, ruang simpanan bawah tempat duduk belakang 28L, ruang but antara 375L namun boleh dibesarkan kepada 1,320 liter sekiranya kerusi belakang direbahkan.

Mengenai kabin, iyang penting ia hadir dengan sokongan Apple CarPlay, Android Auto, infotainmen 14.6 inci Full HD dengan sistem Atlas Auto OS, peta pengecasan EV masa nyata, sokongan aplikasi Proton e.MAS, tempat duduk kulit sintetik (leatherette), sistem pacuan roda belakang (RWD), dan suspensi belakang jenis multi-link.

Dari segi dimensi, e.MAS 5 berukuran 4,135 mm (Panjang), jarak roda 2,650 mm, lebar 1,805 mm dan tinggi 1,570 mm sekali gus menjadikannya hampir sama dengan saiz Proton Iriz.

image is not available

Dari segi pengecasan, model ini dikatakan hanya mengambil sekitar 21 minit untuk mengecas dari 30% hingga 80%. Masa pengecasan DC ini hampir sama dengan e.MAS 5 Premium, yang mempunyai kelajuan pengecasan DC pada 71kW

Kedua-dua varian turut menyokong pengecasan AC 6.6kW (1 fasa). Untuk pengecasan penuh (10% ke 100%), e.MAS 5 Prime mengambil masa sekitar 4.3 jam, manakala e.MAS 5 Premium memerlukan kira-kira 5.9 jam kerana kapasiti baterinya lebih besar.

Mengenai ciri keselamatan, anda jangan risau kerana ia cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Ia hadir dengan sistem bantuan ADAS yang terdiri daripada Kawalan Jelajah Adaptif, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Perlanggaran depan/belakang, Bantuan Tukar Lorong, Titik Pemantau Buta dan banyak lagi.

Jika berminat untuk mendapatkan EV paling murah di Malaysia ini, segeralah tempah!