EV Pertama Ferrari Dilelong Pada Harga RM 163 Juta

Cars
17 Aug 2026 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebuah Ferrrari Luce telah berjaya dilelong pada harga $40 juta (~RM 163 juta) oleh Sotheby’s hujung minggu lalu bagi menyokong The Ferrari Foundation. Ini ialah kereta pertama dengan nombor Chasis 0 yang ditawarkan dalam warna eksklusif Madreperla Semi-Gloss dan kemasan kulit Perla Le Mans di dalam kokpit.

Image from: EV Pertama Ferrari Dilelong Pada Harga RM 163 Juta

Harga yang dicapai dalam lelongan ini adalah hampir 63 kali ganda harga jualan asal $640,000 (~RM 2.6 juta) selepas ia dilancarkan pada bulan Mei lalu. Identiti pembeli unit pertama Luce ini tidak didedahkan oleh Sotheby’s. The Ferrari Foundation akan menggunakan $40 juta hasil lelongan ini bagi tujuan pendidikan.

Image from: EV Pertama Ferrari Dilelong Pada Harga RM 163 Juta

Selepas dilancarkan Mei lalu, Ferrari menerima kritikan oleh peminat kerana Luce ialah kereta pertama keluaran mereka yang boleh menempatkan lima orang penumpang. Rekaannya yang berbeza dengan model Ferrari yang lain menjadi bahan jenaka.

Sungguhpun begitu ia masih dilengkapi empat motor elektrik dengan kuasa keseluruhan 1035 kuasa kuda. Motor belakang menghasilkan majoriti kuasa 831 HP dan depan pula 282 HP. Ia mungkin nampak seperti kereta keluarga tetapi prestasinya masih Ferrari dengan 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat dan kelajuan maksimum 310 km/j.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved