EV Toyota C-HR+ Diperkenal – SUV Elektrik Sporty, 600 KM Sekali Cas

WorldCars
13 Mar 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota memperluaskan barisan kenderaannya dengan pengenalan model baharu, Toyota C-HR+. Berbeza daripada C-HR standard yang menggunakan enjin pembakaran dalaman (ICE), model terbaru ini ditawarkan dalam versi elektrik.

Rekaan Lebih Menyerlah

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Berbanding dengan C-HR versi standard, Toyota C-HR+ menampilkan ukuran badan yang lebih besar. Berdiri di atas platform e-TNGA 2.0, SUV elektrik ini memiliki panjang 5,420 mm, lebar 1,870 mm, ketinggian 1,595 mm dan jarak roda 2,750 mm.

Dari segi rekaan, model ini mengekalkan gaya rekaan “hammerhead” yang menjadi ciri penting pada model moden Toyota. Beberapa elemen unik turut diketengahkan, termasuk garis bumbung yang lebih landai, pemegang pintu belakang yang disepadukan pada tiang C, serta lampu belakang berkelebaran penuh yang menaikkan aura agresif dan futuristik.

Kabin Berteknologi Tinggi dengan Ruang Luas

image is not availableimage is not availableimage is not available

Masuk ke bahagian kabin, rekaan papan pemuka atau dashboard mempunyai persamaan dengan model bZ4X versi facelift yang diperkenalkan baru-baru ini, termasuk rekaan stereng dan skrin infotainmen sentuh bersaiz 14 inci.

Bagaimanapun, rekaan konsol tengah agak berbeza. CH-R+ menggunakan pemilih gear jenis tombol putar dan butang kawalan yang diletakkan lebih ke belakang untuk memberi ruang kepada dua pad pengecasan tanpa wayar.

Selain itu, model ini turut menampilkan bumbung panorama, ruang but berkapasiti 416 liter, serta ruang kepala yang cukup lapang untuk penumpang.

Pilihan Varian

image is not available

Toyota C-HR+ ditawarkan dalam tiga varian dengan kombinasi kuasa dan jarak pemanduan berbeza.

Varian Asas (FWD, 57.7 kWj):

Motor elektrik tunggal (‘eAxle’) dengan output 165 hp.Pecutan 0-100 km/j dalam 8.6 saat.Jarak perjalanan 455 km (WLTP).

Varian Pertengahan (FWD, 77 kWj):

Motor elektrik tunggal (‘eAxle’) dengan output 221 hp.Pecutan 0-100 km/j dalam 7.4 saat.Jarak perjalanan paling jauh, iaitu 600 km (WLTP).

Varian Tertinggi (AWD, 77 kWj):

Dilengkapi dua motor elektrik dengan gabungan kuasa 338 hp.Pecutan 0-100 km/j terpantas, hanya 5.2 saat.Jarak perjalanan maksimum 520 km (WLTP).

Toyota T-Mate dan Ciri Keselamatan Canggih

Kesemua varian Toyota C-HR+ didatangkan standard dengan pakej Toyota T-Mate, yang merangkumi ciri keselamatan aktif Toyota Safety Sense (TSS). Ini termasuk pemantauan titik buta, lampu tinggi adaptif dan sistem brek sokongan parkir. Untuk varian lebih tinggi, ciri tambahan seperti bantuan parkir dan kamera pandangan keliling turut disediakan.

Eropah Sebagai Pasaran Pertama

image is not available

Toyota mengesahkan bahawa C-HR+ akan mula dijual di Eropah tahun ini, seiring dengan pelancaran bZ4X yang telah dikemaskini. Buat masa ini, tiada pengumuman mengenai ketersediaan di pasaran lain, tetapi model ini dijangka memasuki pasaran utama seperti Amerika Utara tidak lama lagi.