Evanatie Sannie johan Unduk Ngadau Kaamatan DBKK

LocalEntertainment
19 May 2025 • 4:18 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jeremy S Zabala

Kota Kinabalu: Bekas Unduk Ngadau Kaamatan Kota Marudu 2022 Evanatie Sannie dinobatkan juara pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang berlangsung di Pusat Beli-Belah Imago pada Sabtu.

Usahawan berusia 24 tahun dari Kampung Batutan, Kota Marudu itu sebelum ini berjaya mendapat tempat keenam di peringkat negeri pada tahun terbabit.

Membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000, mahkota dan trofi Evanatie bakal mewakili Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ke peringkat negeri bagi Unduk Ngadau Kaamatan 2025.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Kemenangan Evanatie dimahkotakan oleh penyandang gelaran Unduk Ngadau DBKK tahun lalu Nurul Yanadido.

Sementara itu tempat kedua diberikan kepada Cherub Sharleena Cassdey yang mewakili KDCA Tanjung Aru manakala Nelumui Muhari yang meraih tempat ketiga mewakili KDCA Bandaraya.

Cherub dan Nelumui masing-masing membawa pulang wang tunai RM8,000 dan RM6,000.

Peringkat akhir Unduk Ngadau Kaamatan DBKK 2025 telah dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Seri Christina Liew.

Terdahulu dalam ucapannya Liew berkata sambutan Kaamatan menunjukkan perpaduan rakyat Sabah terdiri daripada pelbagai komuniti yang memilih untuk meraikan perbezaan sebagai kekuatan dan bukan penghalang.

Beliau berkata kerjasama, rasa hormat dan penerimaan yang sedia ada dalam kalangan rakyat Sabah menjadikan negeri ini unik dan dikagumi sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

“Sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah saya melihat Kaamatan bukan sahaja sebagai warisan tetapi juga sebagai sumber ekonomi budaya yang membuka peluang kepada para seniman, komuniti kreatif, usahawan tempatan dan pengamal warisan,” katanya.

Beliau turut menggesa warga Kota Kinabalu serta seluruh rakyat Sabah untuk menjadikan Kaamatan sebagai ruang memperkukuh jati diri, memupuk rasa hormat sesama sendiri dan memperkukuh asas perpaduan yang telah diwarisi.

View Original Article