Evenesis Ambil Alih Txtsy – Menyediakan Penyelesaian Menyeluruh Bagi Penganjuran Acara Untuk Perniagaan

TechnologyDigital
7 Dec 2022 • 11:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Syarikat teknologi pengurusan acara terkemuka, Evenesis telah memuktamadkan pengambilalihan Txtsy Sdn Bhd yang merupakan startup teknologi Malaysia dalam bidang penganjuran acara dalam dan luar talian bersepadu sepenuhnya. Berikutan itu, Txtsy kini menjadi anak syarikat milik penuh Evenesis.

image is not available

Pengambilalihan oleh Evenesis itu merupakan sebahagian daripada strategi untuk mengisi kelompongan dalam industri acara perniagaan. Melaluinya, penyelesaian menyeluruh bagi penganjuran acara perniagaan dalam dan luar talian akan ditawarkan yang merangkumi penganjuran persidangan dalaman sehinggalah pada pameran perdagangan berskala besar.

image is not available

Dalam pada itu, pengambilalihan ini juga dijangka mampu membolehkan Evenesis melebarkan lagi sayapnya di rantau ini. Selain turut menyediakan perkhidmatan lebih berkualiti, cekap serta lestari menerusi gabungan pengalaman dalam industri yang dimiliki oleh kedua-dua syarikat.

image is not available

Sementara itu, Evenesis juga dalam perancangan untuk menambah lebih banyak lagi rakan serantaunya dalam tempoh beberapa tahun mendatang. Di samping, turut akan terus menambah baik pengalaman penganjuran acara sedia ada dengan menggabungkan kompenan pembelajaran mesin dan realiti lanjutan (XR) yang kelak membawa kepada penggabungan Metaverse.