Evernote Mengehadkan Catatan 50 Nota Untuk Pengguna Percuma

TechnologyDigital
1 Dec 2023 • 3:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suatu ketika dahulu, aplikasi mengambil nota paling popular adalah Evernote. Ia bukan sekadar membenarkan pengguna mencatat nota di dalam aplikasi tetapi turut boleh diselarikan ke awanan, ada buku fizikal dan banyak lagi. Blending Spoons, iaitu syarikat di sebalik aplikasi Splice dan Remini telah mengambil-alih Evernote pada tahun lepas.

image is not available

Terbaru, Evernote dilihat telah mengubah syarat penggunaan perkhidmatan mereka. Pengguna percuma iyang tidak melanggan pelan premium kini dihadkan boleh menggunakan 50 nota sahaja. Walaupun begitu, Evernote membenarkan pengguna memadam kandungan yang dicatat dan menggunakan semula kesemua 50 “muka surat” nota. Perubahan ini akan terkesan kepada pengguna sedia ada dan juga yang baharu.

image is not available

Bagi yang ingin menggunakan Evernote tanpa sebarang had atau sekatan, ia boleh dilanggan di Malaysia pada harga serendah RM14.82 sebulan bagi pelan individu atau RM19.57 sebulan untuk pelan profesional. Pelan bekerjasama dengan pengguna lain ditawarkan pada harga RM43 sebulan.

View Original Article