Antara igauan kami apabila memandu kereta ialah terlibat di dalam kemalangan dan ahli keluarga tidak dapat dihubungi kerana peranti telah dikunci. Sudah terdapat banyak kes individu yang ditemui mati selepas beberapa hari terjatuh ke dalam gaung. Google nampaknya mempunyai penyelesaian kepada masalah ini dengan aplikasi Personal Safety untuk peranti Pixel.

Buat masa ini aplikasi ini nampaknya hanya akan ditawarkan pada pengguna peranti Pixel di Amerika Syarikat sahaja. Dengan Android memegang pasaran terbesar sistem operasi mudah alih, kami berharap Personal Safety akan turut diberikan kepada semua pengguna.
