Ewon bincang MA63 dengan Hajiji

LocalPolitics
8 Aug 2024 • 5:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, di sini, pada Khamis.

Menurut Ewon dalam kenyataan media, pertemuan tersebut antara lainnya membincangkan pendekatan ke atas tuntutan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Persekutuan terutama berkaitan dengan pemberian semula hasil persekutuan kepada Sabah.

“Walaupun sudah sembilan perkara berkaitan tuntutan hak Sabah dalam MA63 telah diselesaikan sepenuhnya, namun masih banyak perkara yang sedang dirundingkan termasuklah hak 40 peratus ke atas hasil persekutuan di Sabah.

“Saya telah memaklumkan Ketua Menteri komitmen saya di peringkat Persekutuan untuk memperjuangkan hak dan aspirasi rakyat Sabah ini dan mahu melengkapi usaha yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.