Ewon: Kontraktor Bumiputera disaran manfaat platform digital 

22 Jul 2023 • 2:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kontraktor Bumiputera disaran memanfaatkan penggunaan platform digital untuk mempromosikan perniagaan dan bersaing memperluaskan perniagaan dengan menceburi pasaran terbuka, tanpa bergantung semata-mata kepada projek kerajaan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata kontraktor Bumiputera perlu mengikut peredaran masa dan perlu berubah sekiranya mahu perniagaan lebih maju dan mapan.

“Kini kontraktor boleh menggunakan media sosial untuk mempromosikan syarikat masing-masing dan tidak hanya menunggu projek daripada kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pembangunan Kapasiti Kontraktor Pemasaran Digital, di sini, pada Khamis.

Beliau berkata kerajaan amat komited bagi memastikan jaringan perniagaan kontraktor Bumiputera terus kekal mampan dan berdaya saing dalam pasaran, melalui pendedahan kepada asas dan teknik pemasaran berkesan melalui media baharu.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more “Kementerian melalui Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) sentiasa bersedia dan berusaha untuk membantu usahawan dengan mewujudkan pelbagai program dan jalinan kerjasama agar pembangunan usahawan dapat diperkukuhkan lagi di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

“PKK tidak hanya bertanggungjawab dalam penyediaan kursus-kursus untuk meningkatkan kompetensi kontraktor Bumiputera sahaja, bahkan turut berperanan dalam penarafan syarikat Bumiputera bagi perolehan kerja kerajaan,” katanya.

Beliau berkata PKK juga berusaha membentuk jalinan kerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan agar kontraktor Bumiputera ini tidak terpinggir ekoran cabaran arus ekonomi yang semakin pesat membangun pada masa kini.

Sementara itu, Ewon berkata kementerian juga sememangnya komited dalam membantu dan mengalakkan penglibatan syarikat kontraktor Bumiputera dalam projek-projek yang dibangunkan kerajaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.