Ewon tekad jadi wakil rakyat ‘turun padang’

Politics
11 Nov 2022 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Penduduk di sini mengadu mengenai seorang penyandang Ahli Parlimen yang tidak pernah turun padang untuk mendengar keluhan mereka, menurut calon parlimen Datuk Ewon Benedick.

Bakal Presiden Upko itu berkata pemilik perniagaan khususnya tidak pun dapat menyuarakan masalah mereka kerana wakil rakyat - yang mereka undi - tidak dapat ditemui.

“Saya mendapat tahu bahawa kebanyakan di kawasan Towering dan Penampang Baru di sini menghadapi kelewatan dalam pembaharuan lesen perniagaan, selain kekurangan kemudahan asas seperti pengairan dan penyelenggaraan lampu jalan.

“Yang lain pula memberitahu saya walaupun semasa banjir mereka dibiarkan sendirian. Ini saya anggap sebagai amaran untuk diri saya sendiri kerana apabila saya menjadi ahli parlimen, saya mesti menjadi lebih baik,” katanya selepas sesi pertemuan di Bundusan pada Selasa.

Beliau mendakwa menerima banyak maklum balas positif terutama penduduk kampung yang mahu memberi peluang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk perubahan dalam kepimpinan.

“Penampang memerlukan kepimpinan agresif, yang betul-betul turun padang untuk mendengar suara rakyat dan mencari penyelesaian kepada masalah mereka.

“Membaharui Sabah dan Malaysia tidak boleh dilakukan sebelum Penampang dan ini meliputi kualiti kemudahan Kerajaan Negeri,” tambahnya.

Ewon berkata jika beliau menang dalam pilihan raya ini, beliau tetap tidak akan mengabaikan kerusi DUN Kadamaian.

“Kadamaian ialah kampung ibu saya sementara Penampang, kampung bapa saya. Ia (perkhidmatan) datang dari hati saya selain iltizam politik. Saya akan membahagikan masa saya antara dua kawasan ini,” katanya.

Ewon berkata jika PH menjadi kerajaan, beliau akan menjadi antara “empat teratas” di samping Anwar Ibrahim, Anthony Loke dan Mat Sabu, yang akan membawa kelebihan kepada Sabah.

“PH Sabah telah pun sibuk sebelum pilihan raya...Kami tidak akan berundur daripada saman pemula kami walaupun Anwar menjadi PM. Sebaliknya saya akan menggunakan kedudukan saya untuk berjuang menuntut hak.

“Kerajaan Negeri Sabah cuba mengambil sikap berkecuali terhadap perkara itu sementara menunggu afidavit mereka,” tambahnya.

Pada Jun, 13 wakil PH Sabah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai 40 peratus hasil hak Sabah yang diperoleh kerajaan Persekutuan dari Sabah setiap tahun.

Sementara itu, Ewon berkata beliau kini sedang membiasakan diri dengan aplikasi media sosial, TikTok, agar lebih menarik minat golongan belia.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.