Covid-19: Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat diumum Jumaat ini

25 Mar 2020 • 2:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang lebih menyeluruh dan akan memberikan manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam menghadapi cabaran wabak koronavirus (Covid-19), akan diumum Jumaat ini.

Perdana Menteri berkata pegawai di Kementerian Kewangan pada masa ini sedang bekerja bertungkus lumus dalam menyediakan pakej berkenaan.

"Sama ada anda pemandu teksi, pemandu Grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat.

“Insya-ALLAH, no one will be left behind (tiada yang akan dipinggirkan),” katanya dalam perutusan khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen dan media sosial hari ini.

AKAN MENYUSUL