EXCO: Belanja RM5 juta naik taraf 97 SJK Tamil, sedia kemudahan selesa

17 Oct 2022 • 2:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 OKT: Sejumlah RM5 juta dibelanja bagi menaik taraf infrastruktur 97 sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor pada tahun ini.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau berkata peruntukan tersebut bertujuan memberi keselesaan kepada murid dan guru sekali gus meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah.

“Agenda pendidikan antara perkara yang menjadi keutamaan Kerajaan Selangor. Kita komited untuk memberi keselesaan optimun kepada murid di sekolah.

“Kita berharap pihak sekolah gunalah bantuan ini dengan penuh amanah. Utamakan keselesaan murid, gunalah dana ini unruk menaik taraf infrastruktur sekolah bukannya membazir bagi tujuan tidak sepatutnya,” katanya.

Beliau berucap pada majlis penyerahan cek bantuan SJKT 2022 di foyer Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Pada Mei, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan sejumlah RM26.5 juta diperuntuk untuk menambah baik infrastruktur sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

Sumbangan dikhususkan untuk sekolah sekolah agama rakyat, SJKC, SJKT serta mubaligh yang tidak menerima bantuan penuh daripada kerajaan persekutuan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved