EXCO: Belanja RM8 juta laksana projek tebatan banjir di Sungai Kapar

4 Nov 2022 • 10:51 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Negeri bersama Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan melaksanakan projek tebatan banjir di kawasan Sungai Kapar Kecil, Klang dalam masa terdekat.

EXCO infrastruktur berkata melibatkan kerja-kerja menaik taraf longkang dan parit diharap menyelesaikan isu banjir di kawasan sekitar selain memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

“Untuk keseluruhan projek tebatan banjir di kawasan itu memperuntuk RM8 juta yang mana MPK membelanja RM6 juta dan selebihnya dibiayai Kerajaan Negeri.

“Projek tebatan banjir ini akan dimulakan dalam masa terdekat dan tempoh siapnya mengambil masa kurang dari setahun,” kata Ir Izham Hashim kepada SelangorKini hari ini.

Terdahulu, Izham melakukan lawatan kerja di Kapar bagi melihat cadangan projek tebatan banjir Sungai Kapar Kecil.

Hadir sama ke lawatan tersebut, Pengarah Kejuruteraan MPK Zamri Othman dan Jurutera JPS Daerah Klang Ir Ahmad Fauzan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved