Exco FAM Sedia Letak Jawatan Elak Penggantungan FIFA – Mohd Yusoff

LocalFootball
8 Jan 2026 • 7:33 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Exco FAM Sedia Letak Jawatan Elak Penggantungan FIFA – Mohd Yusoff

PETALING JAYA, 8 Jan (Bernama) — Ahli Jawatankuasa Eksekutif (Exco) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia meletakkan jawatan sekiranya itu adalah pilihan terbaik bagi menyelamatkan badan induk itu daripada digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata perkara itu antara isu yang dibincangkan dalam perjumpaan bersama exco hari ini.

“Hari ini kita memanggil semua exco untuk membincangkan hala tuju FAM, dan ia tentu sekali berkaitan kenyataan Setiausaha Agung AFC (konfederasi Bolasepak Asia), Datuk Windsor mengenai penggantungan FAM.

“Kalau pilihan itu (meletak jawatan) adalah keputusan terbaik, kita akan buat secara sebulat suara kerana kita bersatu hati sebagai exco,” katanya ketika ditemui selepas perjumpaan berkenaan.

BACA: Penggantungan Berakhir, Datuk Noor Azman Kembali Galas Tugas Setiausaha Agung FAM

Dalam pada itu, Mohd Yusoff memaklumkan barisan exco turut membincangkan alternatif lain bagi mengelak FAM daripada digantung, namun beliau enggan mendedahkan cadangan berkenaan.

“Kita mengambil kira pandangan exco hari ini, tetapi keputusan muktamad belum ada. Ada dua atau tiga pilihan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

The post Exco FAM Sedia Letak Jawatan Elak Penggantungan FIFA – Mohd Yusoff appeared first on Siakap Keli.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved