EXCO: Lebih 300 individu hubungi Talian SEHAT, luah masalah kepada kaunselor

21 Nov 2022 • 3:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 21 NOV: Lebih 300 individu menghubungi Talian SEHAT untuk berkongsi masalah dan meminta pandangan kaunselor bertauliah sepanjang tahun ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud berkata kebanyakan individu yang mendapatkan perkhidmatan tersebut mempunyai masalah tempat kerja, rumah tangga dan keadaan sekeliling.

“Setakat ini lebih 300 panggilan kita terima, data terperinci saya kongsikan dalam sidang Dewan Negeri Selangor beberapa hari sahaja lagi.

“Saya menyeru masyarakat yang menghadapi tekanan perasaan segera hubungi Talian SEHAT kerana pihak kami akan cuba sedaya upaya membantu,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Talian SEHAT diwujudkan awal Jun lalu yang dikendalikan oleh kaunselor berpengalaman untuk mendengar dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.

SEHAT boleh diakses menerusi aplikasi SELangkah yang menyediakan saringan kesihatan mental, saringan risiko, video psikopendidikan, portal WhatsDoc dan skala literasi kesihatan mental.

Program itu membolehkan pengguna mengetahui tahap kesihatan mental menerusi saringan awal ‘skala tekanan’ dan ‘pemeriksaan risiko’ secara kendiri

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved