Oleh Aliff Haiqal Mohamed
SHAH ALAM, 15 JAN: Orang ramai yang berhasrat memohon inisiatif Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) diingatkan untuk berbuat demikian di saluran rasmi iaitu laman web bingkasselangor.com dan aplikasi Selangkah.
EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari memberitahu sebarang maklumat berkaitan permohonan BINGKAS yang disebarkan di Facebook atau WhatsApp adalah tidak sah dan tidak rasmi.

“Pemohon BINGKAS diingatkan supaya berhati hati. Kerajaan Negeri tidak pernah mewujudkan sebarang ‘Facebook page’ untuk tawaran bantuan BINGKAS.
“Jadi saya ingatkan orang ramai yang ingin memohon bantuan BINGKAS suapaya menggunakan dua saluran rasmi sahaja elak diperdaya sindiket.” katanya kepada Media Selangor.
Tambah Anfaal, Kerajaan Negeri telah membuat laporan kepada pihak Facebook untuk tindakan penutupan, namun masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuka laman baharu.
“Justeru saya ingatkan orang ramai supaya melaporkan kepada kami jika masih lagi menjumpai laman-laman palsu ini untuk tidak lanjut,” katanya.
BINGKAS merupakan sebahagian daripada 46 insentif Iltizam Selangor Penyayang yang dilancarkan 2022, menggantikan skim Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS IT (Ibu Tunggal).
Bermula tahun lalu, syarat permohonan baharu Bingkas dilonggarkan kepada isi rumah bawah RM5,000 berbanding RM3,000 sebelum ini bagi membolehkan lebih ramai menerima manfaatnya.
The post EXCO: Mohon BINGKAS di saluran rasmi, elak diperdaya sindiket appeared first on Selangorkini.
