EXCO: Saringan kesihatan percuma DUN Permatang, Hulu Bernam hujung minggu ini

26 May 2023 • 11:01 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 26 MEI: Program Selangor Saring fasa dua bagi mengesan penyakit lebih awal penduduk akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Hulu Bernam hujung minggu ini.

EXCO Kesihatan Awam Dr Siti Mariah Mahmud menyarankan penduduk membawa ahli keluarga ke program itu yang bermula dari jam 9 pagi hingga 3 petang.

“Jangan lepaskan peluang menerima khidmat pemeriksaan kesihatan percuma meliputi pemeriksaan fizikal, ujian darah, air kencing, saringan kanser, mata, gigi, telinga dan juga fisioterapi,” katanya di Facebook.

image is not available
Program Selangor Saring fasa dua akan diadakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang dan Hulu Bernam pada 27 dan 28 Mei 2023. Foto Facebook Dr Siti Mariah

Bagi DUN Permatang, program saringan kesihatan akan diadakan di Dewan Kampung Sg Gulang Gulang pada Sabtu, manakala DUN Hulu Bernam di Pejabat ADUN Hulu Bernam pada Ahad.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi talian hotline Selcar 1-800-22-6600 atau klik di pautan https://selangorsaring.selangkah.my/.

Sebelum ini, Dr Siti Mariah memaklumkan Selangor Saring antara enam inisiatif diperkenal khusus untuk rakyat negeri ini bermula dari saringan percuma, bantuan kewangan serta pembiayaan.

image is not available
Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan mata ke atas peserta program Selangor Saring peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam Kemuning Utama pada 7 Ogos 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Kerajaan Negeri memperuntuk dana RM3.4 juta bagi melaksanakan program Selangor Saring yang menyasarkan individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan gaya hidup tidak sihat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved