EXCO: Semak tawaran kerja luar negara, elak terjerat dengan sindiket

11 Nov 2024 • 3:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 11 NOV: Orang ramai khususnya warga Selangor diminta berwaspada dengan tawaran pekerjaan terutama yang menjanjikan gaji lumayan di luar negara.

EXCO Sumber Manusia V Papparaidu berkata ia bagi mengelak mereka terjerat dengan sindiket penipuan pekerjaan yang akhirnya memudaratkan diri.

“Orang ramai perlu buat semakan menyeluruh sebelum menerima tawaran kerja terutama di luar negara dan merujuk pihak berkuasa berkaitan sekiranya terdapat perkara meragukan.

image is not available
EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, Papparaidu Veraman menjawab soalan dalam Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Gunakan segala sumber yang ada untuk membuat semakan. Jangan terus pergi sahaja tanpa selidik latar belakang syarikat dan sebagainya,” katanya.

Kementerian Luar menerusi kenyataan pada 1 November memaklumkan, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh, berjaya memudah cara kepulangan 11 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Sihanoukville, Kemboja.

Kementerian itu turut mengingatkan rakyat Malaysia yang berhasrat mencari pekerjaan di luar negara agar berwaspada dan menyemak terlebih dahulu kesahihan pekerjaan ditawarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved