Exco: Silverlakes Village Outlet, taman tema dinosaur beroperasi bulan depan

22 Nov 2023 • 5:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BATU GAJAH: Pusat komersial Silverlakes Village Outlet (SVO) di sini yang turut dilengkapi dengan taman tema dinosaur, dijangka beroperasi selewat-lewatnya bulan depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata pembukaan 160 outlet di pusat komersial itu akan dilaksanakan secara berperingkat dan sebagai permulaan kira-kira 60 peratus kedai pelbagai jenama dan produk akan dibuka.

“Pembukaan SVO ini sudah tentu dapat merancakkan lagi sektor pelancongan di kluster pelancongan Lembah Kinta sempena Tahun Melawat Negeri Perak 2024,“ katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman pembukaan taman tema dinosaur Dinosaur Encounter@Silverlake Village Outlet (DESVO) di sini hari ini.

SVO, pusat perniagaan berasaskan keindahan tasik dan alam semula itu jadi mula dibina April 2017 di kawasan seluas 13.35 hektar.

Meskipun siap dibina dan dijadualkan untuk dibuka pada hujung tahun 2020, pembukaan pusat perniagaan itu telah ditangguhkan beberapa kali.

Sementara itu, Loh berkata DESVO yang membabitkan pelaburan berjumlah RM15 juta di atas tanah seluas 14.1 hektar, akan dibuka pada pertengahan bulan depan.

“Dinosaur Encounter merupakan taman dinosaur keenam di Malaysia yang mempamerkan konsep baharu iaitu kombinasi taman hiburan secara dalam dan luar bangunan,“ katanya. -Bernama