EXCO Tegaskan Judi Online Di Kelantan Belum Kronik

26 Jun 2024 • 2:38 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Kelantan menegaskan aktiviti judi online di negeri berkenaan masih tidak kronik jika dibandingkan dengan Selangor dan Kuala Lumpur.

Memetik laporan Sinar Harian, Exco Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata setakat ini kes yang dilaporkan tidak banyak daan masih terkawal.

image is not available

Foto: FB Hilmi Abdullah

Aktiviti haram ini kebanyakannya berlaku di kedai-kedai menjual telefon dan kad tambah nilai kerana judi online memerlukan id untuk masukkan wang taruhan.

“Bagaimanapun pihak kami sangat memandang serius berhubung perkara ini dan mahu SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia) mengambil tindakan tegas dengan menyekat aktiviti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim di Kota Bharu pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan negeri menerusi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan bekerjasama dengan polis bagi membanteras kegiatan ini.

image is not available

Foto hiasan

Baru-baru ini, media melaporkan daerah Kota Bharu merekodkan kes judi ‘online’ tertinggi di Kelantan selepas 37 kertas siasatan dibuka sepanjang tahun lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)