EXCO temu penduduk Ladang Mary bulan depan, bantu rungkai isu prasarana

8 Jan 2024 • 3:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA SELANGOR, 8 JAN: Kerajaan Negeri menerusi EXCO pembasmian kemiskinan sedia bertemu dengan wakil penduduk dan pengurusan Ladang Mary bagi membantu merungkai pelbagai masalah termasuk isu berkaitan jalan.

Wakil EXCO R.Ananthan berkata pertemuan yang bakal dipengerusikan V.Papparaidu dijadual berlangsung pada Februari di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri turut disertai Ahli Dewan Negeri Permatang Nurul Syazwani Noh

image is not available
Pegawai Penasihat Dasar kepada EXCO Pembasmian Kemiskinan R.ananthan bercakap kepada media sempena program bertemu penduduk di Ladang Mary, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 8 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Bulan lalu, pejabat EXCO menerima kunjungan Nurul Syazwani berkaitan isu di Ladang Mary. EXCO telah menunjukkan inisiatif untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi penduduk.

“Masalah dihadapi penduduk membabitkan pengurusan ladang berkenaan sejak 20 tahun lalu dan ini sangat serius. Antaranya ialah isu jalan raya di Ladang Mary, Ladang Sungai Tinggi dan Ladang Minyak yang daif sehingga mengganggu sesi persekolahan, perumahan dan banjir.

“Susulan itu, EXCO bersetuju untuk mengadakan mesyuarat penyelarasan bertemu dengan pihak-pihak terbabit untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan harmoni. Kita sedaya upaya bawa aspirasi Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar untuk atasinya secepat mungkin,” katanya.

image is not available
Pegawai Penasihat Dasar kepada EXCO Pembasmian Kemiskinan R.ananthan ketika program bertemu penduduk di Ladang Mary, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 8 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Terdahulu, Ananthan mewakili Papparaidu menghadiri sesi dialog bersama lebih 50 penduduk selama lebih satu jam yang turut disertai Nurul Syazwani, jawatankuasa penduduk, wakil ladang di Ladang Mary di sini, hari ini.

Nurul Syazwani ketika ditemui mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan isu yang membebankan penduduk sejak berpuluh tahun lalu.

image is not available
Ahli Dewan Negeri Permatang Nurul Syazwani Noh bercakap kepada media ketika program bertemu penduduk di Ladang Mary, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 8 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Kesungguhan EXCO dalam isu ini membuktikan beliau bersungguh untuk membantu rakyat biarpun dari kawasan pembangkang.

“Saya berharap dengan mesyuarat bersama duduk satu meja dapat bekerjasama untuk menyelesaikan masalah dihadapi penduduk sekali gus membawa perubahan, ini bukti politik matang,” katanya.

image is not available
Wakil penduduk Ladang Mary R.Murugis, 69,

Wakil penduduk, R.Murugis, 69, pula berharap isu dihadapi mereka dapat diselesaikan dalam masa terdekat dengan pendekatan yang berhemah.

“Banyak yang penduduk hadapi termasuk kemalangan sehingga akibatkan kematian berikutan keadaan jalan raya yang berlubang teruk dan gelap,” katanya.

image is not available
Keadaan jalan di persimpangan hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Ladang Mary, Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 8 Januari 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI