ExecuJet MRO Services Malaysia pamer rangkaian perkhidmatan di Pameran Penerbangan Selangor pada 7 hingga 9 September ini
zulfadli
05/09/2023 - 12:38
KUALA LUMPUR 5 Sept - ExecuJet MRO Services Malaysia (ExecuJet), sebuah syarikat Dassault Aviation, akan mempamerkan rangkaian luas perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat di Pameran Penerbangan Selangor 2023 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (RAC) Lapangan Terbang Subang, mulai 7 hingga 9 September ini.
Naib Presiden Asia Serantau ExecuJet MRO Services, Ivan Lim berkata, sebagai pemain utama di rantau ini, pihaknya teruja untuk mengambil bahagian dan mempamerkan tawaran di tersebut dan memainkan peranan menyokong industri dan mempromosikan perniagaan penerbangan di Malaysia.
"Pertumbuhan industri penerbangan perniagaan di Asia ditambah dengan kemahiran tinggi Malaysia dan tenaga kerja yang berkelayakan dalam sektor penerbangan telah membolehkan keupayaan MRO kami berkembang dengan mantap," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.
Lim, yang menekankan bahawa Malaysia telah menetapkan sasaran untuk menguasai hampir separuh daripada pasaran MRO Asia dan 5% daripada pasaran MRO global menjelang 2030.
ExecuJet MRO Services Malaysia akan mempamerkan rangkaiannya di Pameran Penerbangan Selangor, keupayaan MRO yang merangkumi penyelenggaraan kerangka udara, pengubahsuaian dalaman kabin, avionik naik taraf, dan sebagainya.
Kemudahan penyelenggaraannya di Lapangan Terbang Subang diperakui oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia, Agensi Keselamatan Penerbangan Eropah, FAA AS, Pentadbiran Penerbangan Awam China dan pengawal selia penerbangan awam lain di seluruh dunia.
Jurutera dan juruteknik syarikat adalah diluluskan dan diperakui di peringkat antarabangsa untuk melaksanakan penyelenggaraan pada pelbagai jet perniagaan, termasuk dari Dassault Aviation, Gulfstream dan Bombardier.

Sementara itu, ExecuJet akan mempromosikan kemudahan MRO baharunya yang dibina khas, yang dijangka dibuka pada separuh pertama tahun hadapan.
Kemudahan MRO baharu dalam pembangunan berukuran 149,500 kaki persegi dan boleh memuatkan kira-kira 10 hingga 15 buah jet perniagaan pelbagai saiz serentak, termasuk kabin ultra besar Dassault Falcon 10X serta falcon 6X yang diperakui baru-baru ini yang akan memulakan penghantaran pelanggan tahun ini.
Lim berkata, dalam fasa pertama pembinaan, pihaknya menyiapkan struktur keluli hangar, bumbung dan lantai papak konkrit bertetulang yang menandakan peristiwa penting.
"Kerja-kerja lain di hangar dan bangunan tambahan sedang berjalan dengan baik dan dalam garis masa yang kami tetapkan. Kami kini memasuki fasa kedua pembinaan yang melibatkan kerja-kerja kemasan luaran dan kerja dalaman.
"Setelah siap, kemudahan itu akan dipenuhi dengan ruang hangar yang besar, korporat dan pejabat pelanggan di samping kawasan rekreasi, dan kedai belakang.
"Kami telah berkembang dengan pesat selama ini. Malaysia ialah hab serantau untuk MRO dan perniagaan penerbangan, yang menjamin pelaburan yang telah kami buat dalam kemudahan MRO baharu yang dibina khas menerusi keperluan pelanggan," katanya. - DagangNews.com

![[VIDEO] ExecuJet MRO Services Malaysia pamer rangkaian perkhidmatan di Pameran Penerbangan Selangor pada 7 hingga 9 September ini](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)