EXIM Bank tarik diri sebagai pengatur utama bagi projek loji kuasa Toyo Ventures di Vietnam

LocalBusiness & Finance
25 Apr 2025 • 11:58 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

EXIM Bank tarik diri sebagai pengatur utama bagi projek loji kuasa Toyo Ventures di Vietnam

image is not available

25/04/2025 - 11:58

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 April - Toyo Ventures Holdings Bhd yang sedang dalam pertikaian bersama kerajaan Vietnam bagi penamatan porjek loji janakuasa di negara itu dengan harapan mecapai penyelesaian menyatakan, Export-Import Bank of Malaysia (EXIM Bank) bakal menamatkan mandatnya sebagai pagatur utama eksklusif bagi projek tersebut.

Kumpulan itu berkata, EXIM Bank telah memaklumkan mengenai penamatan tersebut melalui sepucuk surat kepada anak syarikat milik penuhnya, Song Hau 2 Power Co Ltd (SH2P).

“SH2P telah menerima sepucuk surat daripada EXIM Bank memaklumkan penamatan surat mandat bertarikh 23 November 2023. Penamatan ini akan berkuat kuasa pada 10 Jun 2025,” katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.

Song Hau 2 Power merupakan pemaju projek jana kuasa termal Song Hau 2 berkapasiti 2.12GW di bawah model bina-kendali-serah (build-operate-transfer).

Surat mandat tersebut memberikan EXIM Bank hak eksklusif untuk mengatur kemudahan pembiayaan secara sindiket sehingga AS$2.42 bilion (RM10.6 bilion) bagi membiayai projek tersebut.

Bagaimanapun, kerajaan Vietnam menamatkan projek itu pada Julai tahun lalu. Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Vietnam (MOIT) menyatakan, penamatan itu dibuat kerana Toyo Ventures gagal menyelesaikan penutupan kewangan projek dalam tempoh notis 90 hari yang ditetapkan.

Toyo Ventures telah memulakan rundingan dengan MOIT sejak Januari 2025 bagi menyelesaikan pertikaian tersebut.

Pada 10 April lalu, Toyo Ventures memaklumkan, kerajaan Vietnam bersetuju melanjutkan tempoh perbincangan awal selama 45 hari bagi tujuan "perbincangan secara niat baik".

Hanya sebulan sebelum projek itu ditamatkan, Toyo Ventures mengumumkan, SH2P telah memperoleh kemudahan pembiayaan peralatan berjumlah AS$980 juta (RM4.41 bilion) daripada i-Power Solutions Pte Ltd.

Kemudahan tersebut bertujuan membiayai sehingga 70% daripada jumlah invois bagi pemerolehan peralatan yang diperlukan untuk kerja-kerja kejuruteraan, pemerolehan, pentauliahan dan pembinaan (EPCC) projek tersebut.

Namun, susulan penamatan projek itu, Toyo Ventures berkata, kemudahan pembiayaan tersebut tidak lagi terpakai.- DagangNews.com

standard