Exists masih teringin buat konsert di Sabah

LocalEntertainment
9 Sep 2024 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

KUMPULAN Exists masih menyimpan harapan untuk mengadakan konsert di Sabah selepas konsert mereka yang sepatutnya berlangsung 30 Disember tahun lalu terpaksa ditunda.

Vokalis Ezad Lazim berkata Konsert Exists Live in Borneo di Kota Kinabalu itu tidak dibatalkan cuma ditunda dan mereka hanya menunggu tarikh baharu daripada penganjur untuk mengadakannya.

“Sepatutnya memang Exists akan buat konsert di Kota Kinabalu (tahun lalu), tetapi pada saat akhir ada pertukaran.

“Lagi-lagi tarikh pada waktu itu tak berapa sesuai kerana bertindih dengan banyak konsert yang lain, jadi penganjur tak berani nak buat sebab takut tak ada sambutan.