Explorace Jejak Warisan Kuala Langat tawar hadiah wang tunai

30 Aug 2023 • 8:12 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

Oleh AMIRUL FAZLI

SHAH ALAM, 30 OGOS: Pertandingan menguji kecerdasan masyarakat menyelesaikan soalan, Explorace Jejak Warisan Kuala Langat 2023 akan diadakan di Dataran Banting pada 9 September ini.

Pertandingan sempena sambutan pengisytiharan ketiga perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) menawarkan wang tunai keseluruhan RM3,870 selain hadiah cabutan bertuah.

Orang ramai yang berminat boleh mengisi borang penyertaan di pautan https://mpkl.daythree.net/explorace/registration.php

Pegawai Pelancongan MPKL berkata pertandingan tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun lepas kerana peserta perlu peka serta mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah kawasan itu.

“Setiap soalan itu berkaitan dengan sejarah tempat tersebut dan mereka perlu menyelesaikannya. Kita juga buka penyertaan lebih banyak tahun ini kerana sambutan yang baik pada tahun lepas,” kata Raja Nurfarhanim Raja Hassanuddin.

Setakat ini, 30 pasukan sudah daftar untuk pertandingan itu dan dijangka turut mendapat penyertaan pasukan luar seperti tahun sebelum ini.

Untuk maklumat lanjut hubungi Raja Nurfarhanim di talian 017-6734 374 atau Raja Mohd Hafiz Raja Bulat (014-7062 560).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved