
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Memang betul dari dulu sampai sekarang, isu melibatkan jiran tetangga yang berebut tempat parkir dilihat tiada penghujungnya tidak kisahlah di kediaman jenis flat, rumah bertanah (landed) dan sebagainya.
Kadangkala, ruangan tempat meletakkan kenderaan mungkin agak terhad untuk sebuah unit rumah. Dalam situasi ini, apa yang boleh dilakukan adalah setiap jiran perlu bertoleransi dan tidak mementingkan diri sendiri sebagai contoh claim atau cop parking.
Wanita Ditegur Selepas Letak Kereta Depan Taman Permainan, Kononnya Ceroboh Parking Jiran
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Naimah berkongsi satu nota teguran yang diterima daripada jirannya.
Dalam nota yang tertulis, jirannya itu telah menegur kerana parkir di tempat terbuka di kawasan taman permainan di sebuah taman perumahan. Dakwa jiran berkenaan, tempat meletakkan kenderaan itu merupakan spot miliknya namun menurut Naimah ia adalah tempat awam.
“Jika kamu bukan pemilik penghuni jalan, minta jangan parking di sini. Kamu parking di sini, kami nak parking di mana?” tulis nota itu.
Dakwa Jiran Tak Dapat Parkir Dalam Kawasan Kediaman Sebab Dah Extend Rumah
Dakwa Naimah, si jiran telah menambah keluasan (extend) rumah hingga menyebabkan mereka tidak boleh meletakkan kenderaan di dalam rumah. Pun begitu, ia tidak boleh dijadikan tiket untuk ‘mengecop’ tempat parkir di tempat awam.
“Wujud lagi mentaliti manusia macam ni. Extend rumah sampai ke depan lepas tu nak claim tempat awam sebagai parking korang. Nak parking sendiri pergi beli tanah sendiri,” katanya di ruangan kapsyen.
Baca Artikel Berkaitan:Individu Selamba Parking Kereta Depan Rumah Jiran Hingga Halang Laluan Dikecam [Video]
“Ingat Beli Rumah Dapat Playground Sekali Ke?” – Wanita
Naimah dalam masa sama mengingatkan jiran tersebut bahawa kawasan taman permainan adalah kegunaan orang awam dan semua penduduk di kawasan sekitar.
“Lorong rumah diorang berdepan taman permainan. Diorang ingat beli rumah dapat sekali kawasan taman permainan tu kot. Saya park dekat sana,” tambah Naimah di ruangan balas.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Menang Dengan Spesies ‘Cop Parking’ Buat Ramai Puas Hati [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Calarkan Kereta Gara-gara Tak Puas Hati Parkir Dicopnya Tetap Diambil [Video]
Extend Rumah Adalah Atas Tanggungjawab Sendiri, Jangan Sampai Susahkan Jiran
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa tidak puas hati dengan sikap jiran yang hanya mengutamakan kesenangannya sahaja sehingga menyusahkan individu lain meletakkan kenderaan.
“Parking je awak dekat situ. Tak ada masalah sebab dia tak ada bayar pun dekat majlis untuk tanah tu dan bukan hak dia. Lantak kan je jiran macam tu,” kata seorang wanita.
“Aku mental dengan jiran macam ni. Dah extend rumah sampai tak cukup tanah lepas tu parking kereta bersepah (merata tempat), depan rumah jiran. Kalau jalan tu termasuk dalam pelan rumah, silap-silap (jiran) extend rumah sampai tutup jalan,” tambah seorang netizen.
Netizen Kongsi Pengalaman Berdepan Dengan Perangai Jiran Yang Kerap Claim Konon Itu Tempat Parkirnya
Malah ada individu yang turut berkongsi pengalaman sama berdepan dengan sikap jiran yang claim tempat parkir awam di kawasan perumahan.
“Jiran saya ada extend rumah sampai depan dan tepi (corner lot) macam ni sampai letak tujuh ke lapan kereta buruk dia merata-rata. Bila orang parking (bukan di depan rumahnya), mula la letak amaran depan cermin kereta.
“Akhirnya buat laporan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tentang kereta dia, dengan rumah dia sekali kena report sebab tak ada kelulusan,” kongsi seorang lelaki.
Sementara itu, ramai juga warganet meminta wanita terbabit untuk melaporkan isu tersebut kepada PBT.
Pun begitu ada yang merasakan kedua-duanya perlu bertolak ansur dan bertanya mengapakah pengguna Thread itu tidak meletakkan kenderannya berdekatan rumah.

Dia kemudian menjelaskan lorong rumahnya tidak jauh dari situ.
“Itu kawasan playground. Lorong rumah saya sebelah tu je dann lorong saya rumah berdepan rumah.”
Berikut antaran komen-komen netizen:







Baca Artikel Berkaitan: Sikap Segelintir Penduduk Flat Guna Botol Air Untuk Cop Parking Buat Netizen Berang [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Didakwa Cop Parking Berang ‘Tempatnya’ Diambil Pemandu Lain [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Boleh Relate Luahan Wanita Tentang Budaya Cop Parkir Di Rumah Flat [Video]
