Eyka Farhana cuma kongsi keindahan Tanah Suci, nafi menunjuk ketika tunai umrah

23 Jul 2024 • 3:57 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Eyka Farhana cuma kongsi keindahan Tanah Suci Mekah dan menafikan dirinya menunjuk-nunjuk sepanjang menunaikan ibadah umrah.

Aktres berusia 29 tahun itu tampil mempertahankan diri selepas perkongsiannya di media sosial dikritik segelintir netizen.

image is not available

Eyka Farhana cuma kongsi keindahan Tanah Suci

Pemilik nama Wan Atiqa Wan Sarmizi berkata, sebelum ini dia pernah berkongsi foto di luar negara.

Namun, ia tidak pernah mendapat reaksi negatif seperti mana perkongsian ketika berada di Tanah Suci.

“Ada yang kata kalau pergi ke Tanah Suci tak perlu muat naik sebarang gambar atau apa-apa.
“Ya Allah, kenapa tidak boleh muat naik kalau nak tunjuk betapa indahnya Tanah Suci.
“Kalau kita bercuti ke negara lain10 kali kongsi foto pun tiada masalah,” katanya.

image is not available

Tambahnya, tujuan perkongsian tersebut adalah mahu mengajak orang ramai berkunjung ke Mekah yang cantik lagi mendamaikan.

“Niat kita hanyalah nak tunjuk keindahan bumi Mekah dan Madinah, dalam masa sama dapat juga sedikit sebanyak ajak yang lain untuk ke sini dengan izin-Nya,” jelasnya.

image is not available

Tak pernah setenang ini..

Dalam hantaran di Threads, Eyka mengaku dirinya berasa tenang ketika berada di sana dan perasaan itu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

“Tenang dan tak pernah setenang ini. Rasa tu tak boleh nak ungkap dengan kata-kata, hanya kita dan Allh je yang tahu betapa bahagianya dan hilang segala masalah yang ada.
“Terima kasih, Ya Allah,”luahnya.

image is not available

Sekadar info, Eyka berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah bersama adiknya, Dyba Farhana pada 14 Julai lalu.