Eyka Farhana titip doa -“Lindungilah orang-orang yang saya sayang..”

7 May 2024 • 6:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Eyka Farhana titip doa agar orang yang disayanginya sentiasa berada dalam lindungan Allah S.W.T.

Eyka Farhana titip doa

Dalam hantaran dimuat naik, pemilik nama Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi turut berharap agar segala musibah dan perkara buruk dapat dijauhkan daripada mereka.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Bila Hati Memilih Dia itu menerusi satu hantaran di Instagram Stories.

“Ya Allah, lindungilah orang-orang yang saya sayang. Semoga Allah lindungi kita daripada segala jenis musibah,” tulisnya.

image is not available

Meskipun hantaran itu tidak dinyatakan jelas, namun status berkenaan dipercayai berkaitan dengan musibah yang menimpa dua orang pemain bola sepak kebangsaan yang mana salah seorang daripada mereka merupakan teman lelakinya, Akhyar Rashid.

image is not available

Terdahulu, media melaporkan Akhyar telah disamun dua lelaki bersenjata dalam sebuah kejadian berlaku di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu pada malam Khamis.

Kejadian saman itu telah mengakibatkan pemain bola sepak berusia 25 tahun mengalami kerugian lebih RM4,800 selain dipukul menggunakan senjata besi boleh laras.

image is not available

Akibat kejadian itu, Akhyar dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menerima enam jahitan iaitu empat jahitan pada bahagian atas kepala dan dua jahitan di atas tapak kaki kiri selain sakit pada anggota badan.

Selang beberapa hari daripada kejadian tersebut, seorang lagi pemain negara, Faisal Halim telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat membeli belah dipetaling jaya.

Keadaan Faisal Halim dilaporkan semakin membimbangkan kerana melecur tahap empat.

Sumber: Instagram Eyka Farhana