Ezra Kairo dipuji jaga batas, minta tak dipegang penari ketika ‘shooting’ MV

LocalEntertainment
27 Aug 2024 • 12:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi baru, Ezra Kairo dipuji jaga batas oleh peminat apabila meminta penari-penari yang mengiringinya tidak memegang badannya sewaktu sedang menjayakan pengambaran video klip muzik.

Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok dikenali sebagai ketuasekufu, Ezra dilihat sedang menghayati nyanyiannya dihadapan kamera sebelum berdiri statik untuk menamatkan gerakan tersebut.

image is not available

Ezra Kairo dipuji jaga batas, minta penari tak pegang badan

Dia yang pada awalnya berdiri dan tersenyum telah bersuara meminta supaya para penari tidak memegangnya yang sebelum ini dilihat cuma menyentuh bahu Ezra.

Penyanyi tersebut juga menyatakan hal berkenaan secara berulang-ulang dan para penari wanita yang berada di situ akur dengan permintaan tersebut.

@ketuasekufu

Replying to @sasa BTS MV Alahai | 25.08.2024 @Ezra Kairo @EMI MALAYSIA

♬ Alahai – Ezra Kairo

Ezra Kairo dipuji jaga batas, cakap ulang2 jangan pegang

Difahamkan, Ezra atau nama sebenarnya, Daniel Ezra bin Muhammad Shafiq Nichleson Abdullah sedang menjalani pengambaran untuk muzik video lagu terbarunya bertajuk Alahai.

image is not available

Bagus macam ni Ezra!

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan maklum balas dengan memuji tindakan dibuat penyanyi lelaki tersebut kerana pandai menjaga batas dengan bukan mahram.

Mereka juga berharap agar Ezra dapat bertahan dengan prinsip seperti ini memandangkan industri hiburan penuh dengan cabaran.

image is not available

Kena bertegas dalam hal ini

image is not available

Semoga Ezra kekal menjaga pergaulan dalam industri

image is not available

Dia ni memang sopan orangnya

image is not available

 

Semoga dia kekal dengan prinsip

image is not available

Nama Ezra Kairo menjadi perbualan ramai selepas lagu Oh My Khadale bersama Zubir Khan meledak di media sosial.

Dia yang berjaya mengumpul peminat dari kalangan anak-anak muda ketika ini dikatakan sedang dekat dengan bekas isteri pempengaruh terkenal, Andika Putera iaitu Ananda Natasha.

Sumber: TikTok ketuasekufu