“F*ck You Back!” – Tak Puas Hati Tak Dapat Masuk ‘Gig’, Lelaki Buat Kecoh Sampai Kena Halau Keluar

Music
24 Jul 2023 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Malam tadi telah berlangsung gig last minute di sebuah ruang acara terletak di Petaling Jaya di mana orang ramai dibenarkan masuk secara percuma.

Gig Tiba-Tiba R!UH itu turut menampilkan band terkenal, Hujan, penyanyi yang sepatutnya membuat persembahan di Good Vibes Festival, Talitha dan beberapa artis yang lain.

Disebabkan ruang yang terhad, ramai yang tidak dapat masuk kerana tempat itu sudah dipenuhi namun telah berlaku sedikit kekacauan selepas ada yang tidak berpuas hati.

image is not available

Tular rakaman di media sosial mempamerkan seorang lelaki yang bengang apabila dirinya tidak sempat masuk sehingga menimbulkan kekecohan.

Menerusi video tersebut, lelaki yang memakai baju putih itu didengari mengeluarkan kata-kata kesat dan tidak terkawal sehingga terpaksa dibawa keluar dari situ.

F*ck you back!”

Sementara itu, ramai warganet yang mengkritik lelaki terbabit kerana berperangai sebegitu apatah lagi gig tersebut diadakan secara percuma.

Kata segelintir individu, acara sebegini sudah tentulah menggunakan konsep first come first serve jadi kenalah expect akan berlaku situasi tidak dapat masuk.

image is not available 1 month ago

(VIDEO) Buat 'Moshing' Macam Kena Histeria Di Konsert, Pengawal Dikecam Tumbuk Penonton