Komputer Riba MSI GE66 Raider Diperlihatkan – Dikuasakan CPU Intel Core i9 Generasi Kesepuluh

TechnologyDigital
7 Jan 2020 • 10:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu pengumuman MSI mengenai peranti-peranti terbaru mereka, syarikat tersebut memperkenalkan model komputer riba gaming siri GE terbaru mereka, yang dinamakan MSI GE66 Raider.

image is not available

Dengan MSI GE66 Raider, MSI dilihat mengubah rekaan komputer riba tersebut untuk lebih menyerupai komputer riba kelas bangsawan mereka, iaitu MSI GT Titan. Rekaan luarannya, termasuklah engsel paparan, lubang udara dan rangkanya menyerupai sebuah model MSI GT Titan yang lebih nipis.

image is not available

Satu lagi penambahan yang dapat diperlihatkan pada MSI GE66 Raider ini ialah penambahan ciri pencahayaan RGB Mystic Light Aurora di bahagian hadapan sebagai penambah seri kepada komputer riba ini.

image is not available

Beralih kepada spesifikasi dalaman, MSI mengesahkan bahawa MSI GE66 Raider ini akan dikuasakan oleh siri CPU Intel generasi kesepuluh siri H, dengan model sehingga Intel Core i9, memori DDR4 dan juga gabungan dua storan SSD PCIe untuk storan yang bukan sahaja pantas, tetapi cukup banyak untuk menampung saiz-saiz fail permainan yang sangat besar kebelakangan ini.

image is not available

Dari segi pilihan kad grafik pula, MSI menjanjikan bahawa komputer riba ini akan menggunakan kad grafik terbaru dan paling berkuasa dari pihak NVIDIA, tetapi tidak memberitahu sebarang butiran lanjut mengenai kad-kad grafik tersebut.

image is not available

MSI GE66 Raider juga hadir dengan paparan Full HD bersaiz 15 inci dengan bingkai yang nipis yang juga mempunyai kadar segar semula 300Hz, 60Hz lebih tinggi berbanding dengan model sebelum ini.

image is not available

Selain dari itu, MSI turut menampakkan model edisi terhad MSI GE66 Raider ini, yang hadir dengan olahan rekaan oleh artis digital Colie Wertz, yang bertanggungjawab untuk rekaan-rekaan kapal angkasa didalam siri Star Wars, robot-robot didalam siri filem Transformers dan juga rekaan mekanikal didalam filem Iron Man dan Captain America: Civil War.

image is not available

MSI tidak mengumumkan lagi bilakah komputer riba gaming MSI GE66 ini akan tiba di pasaran antarabangsa, tetapi telah memberi petunjuk bahawa ia akan mula dijual pada sekitar suku ketiga pada tahun ini.