U Mobile Akan Menawarkan 1GB Data Percuma Setiap Hari Bermula 1 April Sehingga PKP Tamat

TechnologyDigital
27 Mar 2020 • 7:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

U Mobile hari ini telah berkongsi informasi lanjut berkaitan internet percuma, mengatakan mereka akan menawarkan data percuma untuk semua pengguna prabayar, pascabayar dan juga jalur-lebar. U Mobile akan menawarkan 1GB data setiap hari bermula 1 April 2020 sehingga tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

U Mobile mengatakan data sebanyak 1GB ini boleh digunakan oleh pengguna setiap hari antara 8 pagi sehingga 6 petang.

Penawaran data percuma ini adalah hanya untuk pengguna aktif U Mobile sahaja, dan turut boleh digunakan untuk membuat hotspot. Pengguna akan menggunakan data percuma ini terlebih dahulu sebelum data daripada pelan langganan mereka digunakan.

U Mobile mengatakan pengguna boleh menebusnya dengan mendail 1186# untuk prabayar, dan 1187# untuk pascabayar – seterusnya memilih Special Offer. Penawaran internet percuma ini adalah bermula 1 April 2020.