Rakyat perlu minimakan pergerakan

13 Apr 2020 • 3:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor menasihatkan rakyat mengehadkan pergerakan bagi tujuan membeli barangan keperluan ketika ini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melalui Facebooknya berkata, bekalan makan perlu disediakan mencukupi untuk tempoh tiga hingga empat hari bagi meminimumkan pergerakan.

"Ini juga bertujuan mengelakkan anda mendedahkan diri dengan jangkitan virus," katanya menerusi siaran Facebook rasminya semalam.

Terdahulu, enam daerah yang dikategorikan sebagai zon merah di negeri ini mencatatkan kenaikan kes baharu sebanyak 48, sebahagian besarnya di Petaling.

Mengikut angka Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) negeri setakat 10 malam tadi, enam zon merah berkenaan mencatatkan 1,154 kes membabitkan Hulu Langat (392 kes), Petaling (359), Klang (166), Gombak (131), Sepang (61) dan Hulu Selangor (45).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved