Israel rampas tanah Palestin di Baitulaham

4 Sep 2019 • 8:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RAMALLAH - Tentera Israel mencetuskan ketegangan terbaru di Tebing Barat apabila merampas sebidang tanah milik penduduk Palestin di bandar Baitulaham kelmarin.

Sehari selepas merampas tanah terbabit, tentera Israel dilihat meletakkan beberapa buah karavan di sekitar al-Makhrour sebagai sebahagian persiapan rejim Zionis untuk mendirikan penempatan baru Yahudi di kawasan itu.

"Sekumpulan pendatang Yahudi menceroboh tanah milik Saba Iskandar di al-Makhrour dan mula melakukan kerja-kerja meratakan tanah.

"Mereka kemudian memasang kawat duri disekeliling tanah tersebut," kata sumber tempatan.

Difahamkan, beberapa buah rumah dan premis perniagaan milik penduduk Palestin di al-Makhrour telah dirobohkan pihak berkuasa rejim.

Israel sering mengemukakan alasan tiada permit sebagai taktik merobohkan struktur binaan Palestin di Tebing Barat.

Namun, kumpulan hak asasi manusia mendakwa ia sebenarnya muslihat Israel bagi mengembangkan penempatan Yahudi di wilayah majoriti Palestin. - Agensi


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved