Lelaki maut kereta langgar pokok

14 Feb 2020 • 9:03 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RANTAU PANJANG - Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar sebatang pokok di Jalan Gual Periuk-Pasir Mas berhampiran Kampung Bawah Lembah di sini petang semalam.

Dalam kejadian jam 6.55 petang itu, Abdul Sholahuddin Shaary, 25, maut selepas mengalami kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Gual Periok menuju ke Padang Licin.

"Setiba di lokasi kejadian, kenderaan jenis Honda Civic yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan.

"Selepas itu, kenderaan tersebut terbabas ke sebelah kiri jalan dari arah Gual Periok," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, kenderaan mangsa kemudian melanggar sebatang pokok yang berada di bahu jalan tersebut.

Katanya, akibat rempuhan itu pokok tersebut tumbang lalu menghempap kenderaan terbabit.

"Situasi itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Mohamad Roy berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved